Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.

Dia yang saya sayang selalu –> Laziana Ahmad

Sahabat yang paling baik dan best!Juga kakak 3 hari awal saya.Sebabnya, dia dilahirkan pada 17 November, manakala saya menyusul keluar dari perut Mama pada 20 November 1984.Kadangkala, boleh menjadi mak yang kuat membebel bila masuk bab-bab diet pemakanan saya sambil membayangkan carta gizi pemakanan berbentuk piramid itu di kepala.Wakaka!Dia selalu ada. Tak kisahlah pada waktu bergembira ataupun ketika mahu meminjam bahunya buat tumpang bersedih. Kami sudah bersahabat selama kurang lebih 17tahun.Mula berkawan semasa darjah 4 sehinggalah sekarang.Kami banyak persamaan,mungkin disebab itu jugalah sangat ngam dan saling memahami.Moga hubungan ini berkekalan dunia dan akhirat.AMIN.

Di uni,saya memang rapat dengan semua orang.Ye,macam adik-beradik yang lain mak dan lain bapak.Hehe..tapi,yang paling..paling kamceng dengan saya selama 3tahun itu adalah yang..mana?cuba teka..

Taraa!Betol! mestilah yang asyik menempel sesama-sendiri dalam kedua-dua gambar di atas.Namanya Aerin a.k.a Aida Shazrina.Hepy go lucky+murah hati+kiut+dan yang paling penting KERJASAMA!hehe..Kami berdua adalah kesukaan seorang lecturer untuk selalu di attack ketika di dalam kelas..*berfikir sehingga kepala buntu,kenapakah?*HA HA.Para lecturer atau kawan2 yang lain akan merujuk  ke saya atau dia,apabila salah seorang daripada kami tidak hadir ke kelas.Betapa kembarnya ayat-ayat itu kan?Rindu! ❤

RAWR #1: “Selemah-lemah sahabat ialah orang yang tidak  boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari.”- Saidina Ali r.a

RAWR #2: Cabaran nombor empat buat saya rindu sekolah dan studio AP117 (02-05)! T____T

 


Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Apa ek?Oklah..oklah..malu,tapi inikan cabaran.So, kenalah jawab jugakkan?

Idea temujanji pertama yang sangat perfetto itu adalah :

“BERCUTI KE PULAU PERANGINAN YANG SANGAT INDAH”

Bangun pagi bersiar-siar berdua di tepi pantai dengan air laut warna biru kehijauan.Berjalan-jalan di atas pasir pantai yang putih halus-mulus macam gula castor.Tapi perlu ker main ‘sand castle’? Hurm..*thinking*.. Pastikan juga pantai itu kurang manusia. Dan tiada perkhidmatan bot laju dan banana boat. HA HA HA. Nanti bising dan serabut.

Saya sebenarnya tak reti berenang. Reti mengapungkan diri jer.*Jangan gelak!* Pelajar (saya) dan cikgu berenang (kawan sekuliah) tak cukup masa dulu,sebab masing-masing sibuk nak mengejar datelina final project dan menyiapkan tesis tahun akhir. Sebab itu saya lulus silibus apungan diri sahaja. *KahKahkah.* Tetapi, aktiviti  scuba diving adalah wajib kalau dah ke pulau chantekkan? Saya suka melihat spesis ikan yang berwarna-warni,terumbu dan karang laut, tapak sulaiman dan segala khazanah yang tersimpan di laut biru ciptaan Allah itu sangat saya kagumi dari kecil lagi!

Petangnya,bolehlah menunggu matahari terbenam.Owh sweetnya! Sambil menulis nama di atas pasir..eh?xmo..nanti hilang..Tak..tak..tulis nama di atas batu.WOW!Sangat pengaruh Ali Setan dan Asmidar..*tulis-tulis ini hanya gurauan semata-mata* :p

Candle light dinner di restoran mewah dan ek-se-ke-lu-sip?Takde dalam senarai? Hurm..saya benci protokol..kecuali terpaksa. Kedai-kedai makan dengan jaminan halalan toiyyiban sudah cukup best apa?Kenyang pun kenyang tanpa kongkongan..itulah motto restoran kami.Hehe..Hurm,tapi kalau sama-sama memasak dan tolong-menolong di dapur lagi sangat meriahkan?! Go!go!Team spirit! Wiwit!

Akhir kalam, segala aktiviti yang ditulis ini bolehlah dilakukan dengan bakal suami saya nanti hanya selepas sah diijabkabulkan. Sebelum itu? a  BIG NO!NO! Muahaha~

RAWR #1: Berangan memang aktiviti terbaeklah! :p

RAWR #2: In fact,pantai memang tempat kesukaan saya..lama betul tak pegi.. 😦

RAWR #3: Cabaran Day 3..buat saya merah muka laa.. *blush*


Day 2 – A photo of something you ate today.

Chicken Spaghetti Bolognese dan Potato & Apple Salad with raisins adalah menu makan tengahari untuk Hari Sabtu. Sangat omputih. Eh?selalu tak masak western-western ni. Jarang sangat sebab Papa kami lidah Melayu, kasihan Papa selalu kata makan makanan ala barat adalah tidak mengenyangkan. Kami lidah mengada-ngada,lagilah saya. *Mama kata,dari dalam perut lagi saya dah mengidam buah-buahan import dan makanan ala Barat. Adeh!*

Tapi, kali ini saya dengan sukarelahati memasak menu ini special requested oleh adik keempat saya yang mendapat result PMR yang best. Ni kira upahlah ni dah penat-penat belajar. 🙂

-written on,25th December 2010-

RAWR #1: Next!next!next!Day 3.. *kemain semangat..padahal semua backdated entry!(LOL)*


Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.

Saya mestilah yang bertudung purple kaler kegemaran itu..

Seingat saya,petang itu saya sangat kelam-kabut.Hari Sabtu adalah hari bekerja separuh hari, dan mesti sampai ke Shah Alam sebelum 5.00petang untuk bertemu seorang rakan dan selepas itu pula, menghadiri Majlis Berbuka Puasa cum Reunion  pertama batch kami setelah 3 tahun tamat pengajian di UiTM sejak tahun 2005.

Sudahlah 3 tahun tidak menaiki komuter ke Shah Alam,lalu saya sangat nebes. Masuk-masuk sahaja ke gerabak keretapi komuter itu, ternyata saya lagi banyak tersenyum-senyum daripada nebes walaupun banyak sungguh pendatang  *dengan izin atau tidak..entahlah!* yang menjengkelkan. HA HA. Perasaannya seperti sedang turun-ke-memori-lorong *down-to-the-memory-lane*. Rasa seperti dulu-dulu waktu pulang ke kampus di hujung minggu. Saya memang seorang yang kadangkala tak sedar terlayan blues~ wakaka!

Sesampai di stesen Padang Jawa,saya terus pula ke Kompleks PKNS. Ye,untuk bertemu kawan saya seperti yang dijanjikan. Habis satu bangunan PKNS saya tawaf,kerana kekeliruan lokasi tempat menunggu.Haish~  Akhirnya bertemu juga dan barang yang mahu diberi selamat ber-passing tangan.Selesai satu.

Dua,perlu ke Kedai Kopi Satu,Shah Alam.Pernah sekali saja pergi ke sana. Seingat saya bersebelahan dengan Masjid Negeri,Selangor. Menumpang kereta kawan saya itu yang kebetulan mahu ke Seksyen 11, memang sangat berasa bersyukur. Tetapi kami telah sesat selama hampir setengah jam keluar masuk lorong dan berpusing-pusing sahaja di pusat bandar Shah Alam kerana seorang lupa-lupa dan seorang lagi memang sangat rabun jalan Shah Alam. HA HA. Hampir pukul 6petang saya sampai dan kawan saya sudah sangat lambat untuk ke show iftar. Kasihan dia..Ampunkan patik!

Ketika tiba di lokasi kejadian,tidak ramai lagi yang hadir, tetapi meja dan kerusi-kerusi sudah mula disusun. Sementara menunggu yang lain,masa banyak diisi dengan aktiviti berborak dan meng-update berita terkini masing-masing. Makin menghampiri waktu berbuka, suasana jadi riuh-rendah dengan kehadiran yang lain. Maka, terjadilah situasi seperti di dalam gambar. Berpelukan dengan wajah gembira penuh rindu! Enviromentnya sangat syahdu. Semuanya sudah berubah. Kami memang rapat,memandangkan hanya ada 22orang pelajar satu kelas. Cuma jarang dapat berkumpul kerana masing-masing sibuk selalu.

Selepas selesai berbuka puasa,kami ke Masjid Negeri menunaikan solat Maghrib dan berkumpul semula untuk sesi bergambar dan agihan kad kahwin rakan kami, Mat G. Dengan sukacitanya, dia telah ditabalkan sebagai pelajar lelaki pertama yang berkahwin!Hehe..Kami bersurai kira-kira jam 8.30malam.

Kesimpulan :Hari itu adalah hari yang kelam kabut. Hari penuh kesesatan arah dan jalan raya.Tetapi sangat bermakna. Lihat saja gambar itu, walaupun tidak difokus dari pandangan hadapan. Senyum bahagia saya meleret sampai ke telinga! Yakni,dapat dilihat dari pandangan tepi kan?

-written on Friday,24th Dec 2010 –

RAWR #1: Sangat terapi minda apabila dapat berkongsi kegembiraan dengan mereka-mereka yang tersayang! ❤


Cabaran 30 Hari!

Cabaran 30 Hari? Setelah menyinggah-nyinggah blog-blog peserta lain yang mengambil bahagian.Rasa macam menarik pulak nak joinkan? Sebelum ni, saya ingatkan 30 hari itu konsep bebas. Tulislah apa-apa topik. Rupa-rupanya dah disiapkan tajuk, macam kerja sekolah buat karangan. HA HA. Bestlah pulak, dah lama tak buat task yang ala-ala chekgu yang kasik..hihi..

Selain itu,bolehlah juga mengisi blog yang selalu bersawang dek tuannya yang suka ikut mood menulis datang dan bolehlah melatih diri menjadi rajin! HoYeah~

Haa..inilah tajuk-tajuk karangan itu :

Day 1 – A photo of yourself and a description of how your day was.

Day 2 – A photo of something you ate today.

Day 3 – Your idea of the perfect first date.

Day 4 – Your favorite photograph of your best friend.

Day 5 – A photo of yourself two years ago.

Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

Day 7 – Your dream wedding.

Day 8 – A song to match your mood.

Day 9 – A photo of the item you last purchased.

Day 10 – A photo of our favorite place to eat.

Day 11 – What’s in your makeup bag?

Day 12 – A photograph of the town you live in.

Day 13 – Your favorite musician and why?

Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.

Day 15 – Something you don’t leave the house without.

Day 16 – Your celebrity crush.

Day 17 – A photo of you and your family.

Day 18 – Something you crave a lot.

Day 19 – Another picture of yourself.

Day 20 – The meaning behind your blog name.

Day 21 – A photo of something that makes you happy.

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

Day 23 – 15 facts about you.

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

Day 25 – What’s in your purse?

Day 26 – A photo of somewhere you’ve been to.

Day 27 – A picture of you last year and now and how have you changed since then?

Day 28 – Your favorite movie.

Day 29 – Something you could never get tired of doing.

Day 30 – A photograph of youself today + three good things that have happened in the past 30 days

RAWR #1: Eksaited pulak~ ngeh ngeh ngeh

RAWR #2: Bismillah.. 🙂


Di situlah mulanya cinta..

Jatuh bertangga-tangga!jatuh chenta..sehari,seminggu..makan sebulan..pejam-celik sudah dekat setengah tahun..Pernah? Tanpa orang itu  mengetahui .mungkin juga  tahu? Owh..ntahlah..

Saya pernah sekali putus cinta.Teruk rasanya.Hati belum matang.Fikiran pun kurang mendalam.

Pernah beberapakali juga menemui orang yang salah dan Alhamdulillah,cinta itu mati sebelum ia serius merebak jadi barah dalam hati.

Orang yang kita sayang itu ada otak,ada hati,ada kaki untuk pergi ke mana sahaja dia suka..mungkin juga suatu hari nanti,  lansung pergi meninggalkan kita bertemu dengan yang lain..Lalu,siapakah yang berkuasa dan berhak mutlak mengawal semua itu?

ALLAH

Sungguhlah ALLAH itu yang memegang tangkai-tangkai hati manusia..bukan kita, siapa kita? Hanya manusia yang penuh pinjaman.. Jasad..roh..hati juga pinjaman..rasa dalam hati itu  juga pinjaman..orang yang kita sayang separuh mati juga pinjaman.. Tidak ada istilah kepunyaan lansung pada diri manusia..

Kalau dilihat,diteliti..siapa kita?Manusia yang secara totalnya kosong!Yang tak punya apa-apa kuasa dan harta..mahupun sekelumit..

Pernah sangat-sangat terpukul dengan perasaan sendiri? cuba untuk membenci..untuk lari..untuk  tidak mengada-ngada melayan perasaan..tapi,err..tak mampu..bila kita sekerasnya kata tak boleh! Hati tanya kenapa? Tak boleh! Hati tetap mahukan alasan yang kukuh.. kenapa? kenapa?kenapa?

Tiada jawapan..

Cinta sangat kompleks..

Kisah ini juga kompleks..

Hanya mampu lihat dari jauh.Hanya mampu tadah tangan, Tawakal dan sangat-sangat berserah.REDHA itu lebih manis daripada kita merayu-rayu berharap agar mesti dapat lalu kecewa jika hajat tidak kesampaian.Hati kita akan selalu sedih dan kalau tidak tanam sifat redha itu.Ingat,semua yang terjadi itu ada hikmahnya.

Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Jodoh itu misteri.Semuanya telah ditulis sejak kita di perut ibu.Telah tercatat di Luth Mahfuz..Kalaupun kita bermati-matian mahukan dia..kalau dia bukan juga jodoh kita,dia tetap tidak akan menjadi milik kita.Ataupun,dia orang yang sangat-sangat kita benci, akhirnya benci boleh bertukar jadi cinta..ataupun orang yang kita fikir sangat mustahil untuk kita,mungkin lebih muda,sudah berkahwin,duda,tua.Atau mungkin,sudah terpisah bertahun-tahun lamanya,lalu bertemu semula..kalau sudah itu jodohnya kita..dia tetap menjadi milik kita.

Boleh jadi, dia itu ada saja di depan mata atau masih jauh beribu-batu..Cuma DIA saja berkuasa membuka hijab tabir dan takdir itu.

Maka?

Raihlah.. cintailah ALLAH..pada DIA sewajarnya tempat kita mencurahkan segala rasa cinta..

Hanya ALLAH yang tahu..yang menentukan..Yang memegang tangkai-tangkai hati manusia.

Hati saya dan juga dia.

Di situlah mulanya cinta..

RAWR #1: senyum aja~ 🙂


TERKESIMA

*Cerita Khamis sebelum Jumaat*

Semalam sengaja keluar lambat lepas 15 minit pukul 6petang..ketiadaan mood..jantung rasa tak bermaya.. Degupnya lemah..Ada rasa buat sarang dalam hati.. Rasa ini buat aku terkesima selalu..biarlah benar Natrah? *Abaikan dahulu..*

Tapi tak adalah pulak aku berjalan sambil tendang-tendang batu di atas jalan macam orang gundah-gulana dalam drama swasta.. Laju langkah Natrah menongkah arus..kalau lambat nanti hari gelap..aku takut orang jahat!

Aku biarkan dua buah teksi terlepas depan mata..ntah Auntie depan aku neh..ingat mahu menahan teksi..rupanya? mahu melintas jalan? Wahai makcik..apakah? lirik matamu itu seakan-akan berkata kalau-teksi-sampai-kasi-makcik –naik-dulu-ye-nak? Lahai manusia..robek hatiku..

Teksi sampai..dipandu oleh seorang pakcik yang ramah..kami beborak panjang..

Pakcik : Dah lama keje sini? Bla..bla..bla..

*Dialog-dialog kerjaya..berlanjutan sampai soalan seterusnya..

Pakcik: Dulu belajar mana?

Aku : Uitm Shah Alam..

Pakcik : Shah Alam?Induk ker Puncak?

Aku : Ha..ah..Shah Alam..kampus induk..

Pakcik pun bla..bla..bla..suka aku bab-bab cerita hal-ehwal UiTM dan Shah Alam..kata-UiTM Di Hatiku kan?Lagi pulak, Shah Alam dah nama rumah kedua Natrah,tempat jatuh tergolek lagi dikenang.. Rupa-rupanya..anak pakcik itu pernah belajar di situ juga..budak FTMSK-Science Com..sudah 3 tahun,menjadi guru kontrak setelah tidak mendapat sebarang tawaran bekerja dalam bidang berkaitan..Kasihan sungguh!

Pakcik berkata lagi,sekurang-kurangnya perlu ada Master sekarang..Diploma mahupun Ijazah..macam sekeping sijil ditiup hangen angin lalu.. Benar,benar..lambakan siswazah menganggur..salah satu sebab juga,akibat tiadanya pengalaman bekerja..juga penawaran kerja di Malaysia maseh kurang dan terhad berbanding negara luar.. Hurm, pengambilan kursus-kursus yang kurang permintaan pasaran kerjaya  juga boleh jadi sebab yang nyatakan?..Betol sangat pakcik!

Borak punya borak,lebih kurang 5 minit mahu sampai destinasi..

Pakcik itu bertanya lagi : “Jadi menantu pakcik,nak?”

Aku rasa ada air panas dari perot naik sikit-sikit ke atas muka..terasa muke macam sudah dicelop dengan cat.. macam lollipop merah!HA HA..

“Huh?” TERKESIMA mode is on.. GASP!!Oxigento!oxigento!

Pakcik tanya lagi : Kenapa?Ko dah ada pakwe?

Tindakan refleks,lidah terus jawab laju-laju : Dah.. *Natrah tipu!dose! – sunat takpe!Kan?*

Pakcik tanya lagi : Orang mane?

Err..refleks lagi..laju-laju jawab : Orang Shah Alam.. *fuh!Hentam sajalah Labu!*

Pakcik jawab pulak : Laaa..pakcik orang Shah Alam..anak pakcik keje kat Seksyen 7 tu..ada lesen F..

Aku.. : “Ooo..contraktor..” Jawapan bertimbal balik pulak..oOOo..ni anak yang lain pulak..Uuu..

Pakcik : Ha..ah..samelah dengan line ko..construction-construction nie..Pakcik lambat la ni?

Aku senyum aja..takmo menipu lagi..Lambat tak lambat la  pakcik..cepatlah benti teksi nie..

Tiba-tiba pakcik tepok dahi..Lahai!sebab berborak lupa dia mahu menekan meter..HA HA..

Pakcik : Berape selalu sampai sini..?

Aku konfiden menjawab : Lima ringgit setengah.. *Hari-harikan naik teksi..huhu*

Kalaulah tadi setuju jadi menantu? mesti pree of charge kan? HA HA

Jantung kembali laju..DUP DAP DUP DAP..nebes betol!tak penah nebes macam gini..HA HA HA

Ni pun orang Shah Alam juga.. 🙂

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Hey!mulut tutup sket.. :p

Sudahlah gemok..comot..renek pula.. =_= 7 tahun ke belakang dulu,Anuar Zain ajak aku bergambar..he’s so sweet ; he’s very gentleman.. 🙂

RAWR #1 : Esok tak keje..bos isytihar cuti umum lagi..Yeay!!