Daily Archives: December 27, 2012

Hearties, hadiah daripada DIA..

Perkenalan yang hanya bermula di alam maya yang diberi nama ‘Plurk’. Dari dia ke dia ke dia. Dengan button ‘add request’ dan ‘approved’. Ya, kenal muka melalui gambar ‘avatar’.

Strangers yang mula kenal dengan zero – info.

Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya sudah tiga tahun lebih saya dan mereka-mereka ini berukhwah mesra laksana adik-beradik.

Di situ, umpama bumi segar menghijau penuh kasih-sayang. Kami bergelak-tawa bersama, berkongsi  suka malah duka yang kadangkala seakan-akan dapat dirasakan pedih dan deritanya empunya hati walaupun tidak bersua muka. Mungkin dialog-dialog  semangat yang dititipkan di dalam kotak-kotak kecil itu tidak banyak, mungkin sedikit dapat meringankan beban kiranya? Dan kadangkala.. selalu! Mereka-mereka itu menjadi pengubat luka hati saya.

Malahan, kerapkali juga diselangi pengisian & perkongsian ilmu memandangkan kami-kami ini datangnya dari pelbagai latar belakang dan jurusan. Ada juruaudit, ada doktor-doktor, ada editor, ada fisioterapi, adik  jurusan senibina, kedoktoran, TESL,  kejururawatan.. dan saya sendiri Perekabentuk Dalaman. Nah! Meriahkan?

Owh chenta-chenta hati, kamu semua umpama ‘minyak wangi’ yang selalu harum mewangi! Moga Allah panjangkan ukhwah kita hingga ke  SyurgaNYA nanti ye? InsyaALLAH. Ameen Allahumma Ameen.

Pertemuan demi pertemuan telah terjadi pada bulan September & Oktober lalu. Lebih istimewa untuk tahun ini, ia turut disertai kehadiran ahli junior kesayangan kami, Izz Zamani yang comel, bijak dan dirindui selalu..

Ini antara yang terindah untuk tahun 2012. Alhamdulillah ‘Alaa kulli hal..

Tanpa DIA, kami tak mungkin bertemu..

plurkians hearties

Semakin hari semakin sayang! Uhibbukifillah Abadan abada.. =’)