Komuter sardin dan adab..

AHAD,11 Mac 2012 – Stesen Putra ke Mid Valley Megamall. 

PERGI

Pagi tu saya dah lambat ke stesen komuter. Sesampainya di sana, orang agak ramai. Jeling ke ‘timer’ yang tergantung di situ, komuter ke Seremban akan sampai lebih kurang pada jam 11.17 pagi. Makin lama makin ramai manusia, hari makin tinggi. Panas usah kira. Angka-angka bahagian minit ‘timer’ dah berganjak dari 17 ke 47 dan terakhir kali 12:15 tengahari. Akhirnya, Alhamdulillah komuter bertanda nama ‘Seremban’ sampai jua setelah ‘delay’ 3 kali..

Semua gerabak penuh macam sardin dalam tin. Nak tak nak saya kene naik. Drama tolak-menolak dan menjerit-jerit menghiasi tengahari itu sebelum pintu komuter ditutup dan perjalanan diteruskan.

BALIK

Manusia melaut dekat stesen Mid Valley pukul 5 lebih petang itu. Alhamdulillah, saya tak menunggu lama. Hanya kira-kira 5 minit komuter sudah sampai. Saya hanya perlu mempercepatkan langkah memilih pintu warna merah jambu (baca: gerabak wanita). Berlaku tolak-menolak di situ..yang mahu keluar  dan yang mahu masuk pula tak menyabar. Saya yang kecik ini terpaksa sedaya upaya membatukan diri untuk memberi laluan kepada penumpang yang mahu keluar. Bila berjaya masuk ke dalam, rasa terseksa diasak manusia yang masih di luar. Handbag saya dah jatuh ke siku. Dua orang amoi Cina di hadapan saya pula, terkial-kial menarik handbag salah seorang daripada mereka yang dah bertukar masuk ke bahu penumpang lain. Serentak itu mereka tergelak, mengenangkan nasib yang lawak, sampai handbag pun boleh bertukar bahu? Bayangkan betapa hiruk-pikuknya keadaan. Padat dan sarat.

Tiba-tiba..

“Hey! Why are you laughing? This is not funny at all!”

Kakak tu mukanya setentang dengan saya. Jauh sikit ke belakang. Dia menjegil mata dengan muka garang. Haish.. tak tau apa-apa tiba-tiba nak marah-marah. Orang-orang yang turut sama tergelak kecil dengan insiden ‘handbag tukar tuan’ itu serentak diam. Sunyi. Semua terkejut. Kakak tu mungkin tak tahu hal sebenar,sebab dia terperosok jauh dari tempat kejadian. Namun, tak patut dia menjerit dan marah-marah begitu. Tak manis.

Sampai di stesen Putra, dengan susah payah saya menyusup di celah-celah penumpang lain dengan ucapan, “tumpang lalu” dan “excuse me” bertalu-talu. Sampai di muka pintu, tiada siapa yang memberi laluan, barangkali keluar seorang dua dahulu dari gerabak. Sobs! Dengan segala kudrat yang ada saya memaut tangan di tepi pintu dengan sepenuh tenaga meloloskan diri..Allahuakhbar!

******

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah petang itu, saya rasa stress yang amat mengenangkan manusia-manusia kota Kuala Lumpur. Kenang nasib komuter yang selalu ‘delay’ pun satu hal.

Puas saya berfikir, bilalah rakyat di Malaysia ini mahu ada kesedaran tentang toleransi, hormat-menghormati dan sabar itu separuh daripada iman? Susah ke untuk beratur cantik-cantik dan tunggu giliran?

Okey. Kesimpulannya..

# Kalau cantik tapi tak beradab, tak cantik jugak jadinya..

# Kalau hensem pun macam sape-sapelah..tapi, buat-buat tidur masa makcik tua masuk bus tercari-cari ‘seat’ kosong pun tiada berguna.. Awal-awal kena pangkah!

Aduhai! Sadis….

p.s: Yang menulis ini pun tak perfect. Saya pun ada khilafnya. Tapi kita boleh cuba perbaiki dirikan? Apa jua perkara baik itu,hatta sebuah senyuman pun dikira amal jariah/sedekah di sisi Allah..free-free Allah bagi pahala. InsyaALLAH! 

Advertisements

5 responses to “Komuter sardin dan adab..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: