Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

Let the picture do the talking.

Saya memang suka meow kucing.Nak-nak kucing spesis Parsi. Ada sejarah jugak dengan kucing. Saya hampir-hampir menghidap penyakit asthma semasa bayi. Dulu Mama dan Papa mempunyai seekor kucing yang bernama ‘Ceng’. Ceng selalu curik-curik  tidur di tepi badan saya ketika baby.Mungkin ia fikir saya ini bantal peluknya dan begitulah sebaliknya saya.HA HA. Doktor berkata bulu kucing juga adalah faktor utama pembawa gejala asthma. Ceng terpaksa dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek pula. Tidak mahu makan dan tidak aktif. Akhirnya mati ketika usia muda. Mungkin juga terlalu rindukan saya sehingga jatuh sakit..kan?Uhuhu~

Yang di atas ini,kucing-kucing Maksu saya.Comelkan?Nyinyet,Gugurl dan Boboy.Pandai posing..tapi sekarang dah beso dan gebu dan gemok.Iskh! Baru-baru ini, Maksu menawarkan saya tugas untuk menjaga 3 beranak ini untuk sementara waktu kerana sedang mengalami alahan ibu sedang mengandung.Oleh kerana persekitaran/ keadaan rumah saya kurang sesuai untuk membela kucing. Niat murni amalan mulia itu terpaksa dibatalkan sahaja. 😦

Sebenarnya, saya sendiri mempunyai binatang peliharaan yang tak kurang comelnya. Yang nakal dan selalu lapar.

TARAA!!

Yang ini RiRi si betina.Tengok kuku dia dah macam Wolverine X-Men!HA HA

Yang ini LanLan si jantan.

Sudah masuk 3 tahun lebih dibela.Dulu saiznya hanya sebesar duit syiling RM 0.50 sen. Sekarang siLanLan sudah lebih besar daripada tapak tangan saya,manakala siRiRi kecil sedikit daripada soulmatenya itu kerana mungkin berdiet menjaga bentuk badan.Ahaha!Ini sungguh auta Natrah. Faktanya,haiwan jantan sentiasa lebih dominan daripada betina ye kawan-kawan?

Istimewanya RiRi dan LanLan ialah bila dipanggil nama, ia akan menyahut : “Ye, saya!”

Tipu betulkan? Ngeh Ngeh Ngeh.. *gelak guling*

RiRi dan LanLan akan menoleh kalau nama ia berdua dipanggil.Kalau mendengar bunyi air berkocak-kocak dengan kuat, itu tandanya ia mahu makan atau sedang dengan sedaya-upaya mahu keluar dari bekas. Jerit sahaja “Riri!” atau “LanLan!” maka, ia  akan berhenti memanjat hujung bekas dan masuk semula ke dalam air. Saya akan membiarkan dua ekor pasangan ini berjalan-jalan di dalam rumah,selepas membersih dan mengeringkan badannya. RiRi dan LanLan kadangkala berjalan laju seperti sedang berlari terkedek-kedek,comel! *sebenarnya terkejut selepas disergah oleh saya!ekeke* Suka menyakat kura-kura saya terutamanya siLanLan yang degil dengan menelentangkan badannya,ia akan berdiam diri dengan kaki dan tangan terkeluar seperti terkena renjatan eletrik!.Setakat ini rekod paling lama adalah 5minit.Hihi

Tips : Untuk memanjakan kura-kura anda, cuba garu-garu cengkerang bahagian bawah badan mereka. Lelap! macam kucing..HA HA. *kenapa?tak percaya ke?* Selamat mencuba! J

RAWR #1: Okeh!Bersiap-sedia untuk cabaran ke TUJUH?!Hohoho.. :p

Advertisements

4 responses to “Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

  • khaulah

    wah, kura-kura. COMEL!
    saya suka. nk bela jgak. tapi tatau mcm mn nk jaga. huhu

    bila lanlan & riri nk ada anak?
    boleh bagi saya. hihi

  • Noi

    Noi pun suka gak kucing Parsi tp takleh bela sbb dia kena stay inside. Kucing2 noi sume outdoor cat. Kalau masuk, nnt ibu membebel siap lah! Kalau umah sendiri kan best, leh bela, bwk tido sekali.. bestnyaaaaaaaaaaaaaaa…

  • anipzaid

    oh kura-kura Anip kat rumah dah besar. nak ambik gambar camne pun tak reti dah. susah betul nak tangkap. haha.

  • NatrahHashim

    @Khaulah: sebenarnya tak susah pun,tggl rajin dengan malas jer nak cuci bekas dia selalu..haha! Bila RiRi & LanLan nak ada anak? Alaa..kak Natt takmo jadi nenek lagi.. *lmao*

    @Noi: Erm..kucing Parsi maintenance mahallah..nak kene hantar klinik..nak grooming2 dengan belaian manja pulak..nnt Noi ada rumah sendiri,silalah~ 😉

    @Anipzaid: Besar mana dah? Susah? kak Natt relax jer tangkap..kekura kita pandai & suka posing depan kamera! 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: