Hearties, hadiah daripada DIA..

Perkenalan yang hanya bermula di alam maya yang diberi nama ‘Plurk’. Dari dia ke dia ke dia. Dengan button ‘add request’ dan ‘approved’. Ya, kenal muka melalui gambar ‘avatar’.

Strangers yang mula kenal dengan zero – info.

Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya sudah tiga tahun lebih saya dan mereka-mereka ini berukhwah mesra laksana adik-beradik.

Di situ, umpama bumi segar menghijau penuh kasih-sayang. Kami bergelak-tawa bersama, berkongsi  suka malah duka yang kadangkala seakan-akan dapat dirasakan pedih dan deritanya empunya hati walaupun tidak bersua muka. Mungkin dialog-dialog  semangat yang dititipkan di dalam kotak-kotak kecil itu tidak banyak, mungkin sedikit dapat meringankan beban kiranya? Dan kadangkala.. selalu! Mereka-mereka itu menjadi pengubat luka hati saya.

Malahan, kerapkali juga diselangi pengisian & perkongsian ilmu memandangkan kami-kami ini datangnya dari pelbagai latar belakang dan jurusan. Ada juruaudit, ada doktor-doktor, ada editor, ada fisioterapi, adik  jurusan senibina, kedoktoran, TESL,  kejururawatan.. dan saya sendiri Perekabentuk Dalaman. Nah! Meriahkan?

Owh chenta-chenta hati, kamu semua umpama ‘minyak wangi’ yang selalu harum mewangi! Moga Allah panjangkan ukhwah kita hingga ke  SyurgaNYA nanti ye? InsyaALLAH. Ameen Allahumma Ameen.

Pertemuan demi pertemuan telah terjadi pada bulan September & Oktober lalu. Lebih istimewa untuk tahun ini, ia turut disertai kehadiran ahli junior kesayangan kami, Izz Zamani yang comel, bijak dan dirindui selalu..

Ini antara yang terindah untuk tahun 2012. Alhamdulillah ‘Alaa kulli hal..

Tanpa DIA, kami tak mungkin bertemu..

plurkians hearties

Semakin hari semakin sayang! Uhibbukifillah Abadan abada.. =’)


a.love.letter

Dear Future Spouse,

“50,000 years before the sky was introduced to the sea, ALLAH Azza Wa jalla wrote down your name next to me.”

Whoever you are,

I don’t want much and I don’t need much.

All I need is someone to lead me to Jannah..insyaALLAH! C:    

♥ ♥ ♥

Du’a for a good life partner & children :

“Rabbana hab lanaa min azwaajina wa zurriyaatina qurrata a’yunin waj ‘alna lil muttaqeena imaama.”

 “Our Lord! bestow on us from Our spouses and Our offspringwho will be the comfort of Our eyes, and make us leaders for the Muttaqûn.” (25:74)

♥ ♥ ♥

# Ameen Ya Rabbal A’lamin.. Dengan kuasaMU, pastiku diseru..


Komuter sardin dan adab..

AHAD,11 Mac 2012 – Stesen Putra ke Mid Valley Megamall. 

PERGI

Pagi tu saya dah lambat ke stesen komuter. Sesampainya di sana, orang agak ramai. Jeling ke ‘timer’ yang tergantung di situ, komuter ke Seremban akan sampai lebih kurang pada jam 11.17 pagi. Makin lama makin ramai manusia, hari makin tinggi. Panas usah kira. Angka-angka bahagian minit ‘timer’ dah berganjak dari 17 ke 47 dan terakhir kali 12:15 tengahari. Akhirnya, Alhamdulillah komuter bertanda nama ‘Seremban’ sampai jua setelah ‘delay’ 3 kali..

Semua gerabak penuh macam sardin dalam tin. Nak tak nak saya kene naik. Drama tolak-menolak dan menjerit-jerit menghiasi tengahari itu sebelum pintu komuter ditutup dan perjalanan diteruskan.

BALIK

Manusia melaut dekat stesen Mid Valley pukul 5 lebih petang itu. Alhamdulillah, saya tak menunggu lama. Hanya kira-kira 5 minit komuter sudah sampai. Saya hanya perlu mempercepatkan langkah memilih pintu warna merah jambu (baca: gerabak wanita). Berlaku tolak-menolak di situ..yang mahu keluar  dan yang mahu masuk pula tak menyabar. Saya yang kecik ini terpaksa sedaya upaya membatukan diri untuk memberi laluan kepada penumpang yang mahu keluar. Bila berjaya masuk ke dalam, rasa terseksa diasak manusia yang masih di luar. Handbag saya dah jatuh ke siku. Dua orang amoi Cina di hadapan saya pula, terkial-kial menarik handbag salah seorang daripada mereka yang dah bertukar masuk ke bahu penumpang lain. Serentak itu mereka tergelak, mengenangkan nasib yang lawak, sampai handbag pun boleh bertukar bahu? Bayangkan betapa hiruk-pikuknya keadaan. Padat dan sarat.

Tiba-tiba..

“Hey! Why are you laughing? This is not funny at all!”

Kakak tu mukanya setentang dengan saya. Jauh sikit ke belakang. Dia menjegil mata dengan muka garang. Haish.. tak tau apa-apa tiba-tiba nak marah-marah. Orang-orang yang turut sama tergelak kecil dengan insiden ‘handbag tukar tuan’ itu serentak diam. Sunyi. Semua terkejut. Kakak tu mungkin tak tahu hal sebenar,sebab dia terperosok jauh dari tempat kejadian. Namun, tak patut dia menjerit dan marah-marah begitu. Tak manis.

Sampai di stesen Putra, dengan susah payah saya menyusup di celah-celah penumpang lain dengan ucapan, “tumpang lalu” dan “excuse me” bertalu-talu. Sampai di muka pintu, tiada siapa yang memberi laluan, barangkali keluar seorang dua dahulu dari gerabak. Sobs! Dengan segala kudrat yang ada saya memaut tangan di tepi pintu dengan sepenuh tenaga meloloskan diri..Allahuakhbar!

******

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah petang itu, saya rasa stress yang amat mengenangkan manusia-manusia kota Kuala Lumpur. Kenang nasib komuter yang selalu ‘delay’ pun satu hal.

Puas saya berfikir, bilalah rakyat di Malaysia ini mahu ada kesedaran tentang toleransi, hormat-menghormati dan sabar itu separuh daripada iman? Susah ke untuk beratur cantik-cantik dan tunggu giliran?

Okey. Kesimpulannya..

# Kalau cantik tapi tak beradab, tak cantik jugak jadinya..

# Kalau hensem pun macam sape-sapelah..tapi, buat-buat tidur masa makcik tua masuk bus tercari-cari ‘seat’ kosong pun tiada berguna.. Awal-awal kena pangkah!

Aduhai! Sadis….

p.s: Yang menulis ini pun tak perfect. Saya pun ada khilafnya. Tapi kita boleh cuba perbaiki dirikan? Apa jua perkara baik itu,hatta sebuah senyuman pun dikira amal jariah/sedekah di sisi Allah..free-free Allah bagi pahala. InsyaALLAH! 


Ahbabtu Hubbal Khoir

Bismillahirahmanirrahim..

Pagi subuh yang hening 24 Feb 2012, earphone disumbat ke dalam telinga. Tune Ikim.fm. Sebak!

“Kafilah sahara
Menoleh cinta
Yang jatuh dari langit
Empat bintang mempersona

Dan satu kilau matahari
Ahbabtu hubbal khoir
Hanya sebutir bintang cinta
Yang menyerlipkan sinarnya

Langit malam yang suram
Hadir bintang yang terang
Hanya satu
Ahbabtu hubbal khoir
Bintang cinta
cintaNya

Sempurna hanya Satu
Pada hati ke jiwa
Disuci cinta
cintaNya”

Lagu ini berkumandang. Nurul Iman dendangan Rabbani..

Suasana jadi sayu..sungguh!

Tak dapat menahan sebak. Dalam keterlupaan dan kesibukan, dalam ketidakcukupan amal dan ibadat. Dengan keterlanjuran dosa-dosa yang disengajakan mahupun tidak..Allah Rabbul Izzati, masih sudi memberi saya peluang untuk terus menghirup udara dunia, tetap sudi mendengar rintihan dan permohonan doa hambaNYA.. Dengan seluas-luas peluang, secara percuma penuh kasih-sayang..

Akhir-akhir ini, satu demi satu perkara yang berlaku buat saya terkedu bercampur-baur rasa tenang dan gembira. Sesekali berdebar-debar. Tak henti saya bertahmid – hati saya padat! Alhamdulillah..

“When you feel a peaceful joy, that’s when you are near truth.” 

“When you feel a peaceful joy, that’s when you are near truth.”

“When you feel a peaceful joy, that’s when you are near truth.” – Rumi

Saya ulang banyak kali..insyaALLAH! Ya ALLAH,Engkaulah sebaik-baik penolong..Penjaga hati-hati kami.. :’)


♥ An-Nur : 26 ♥

Selepas habis menonton video pertunangan Ashraf Muslim & Dayana ini,ada satu rasa di hati yang sungguh mengharukan, disertai sehela nafas yang berat dilepaskan. Mahu menangis pun ada.

Eh?bukan perasaan kecewa. Tidak-tidak. Apa halnya mahu kecewa? Minatkan si Ashraf Muslim itu, tidaklah sampai begitu sekali mahu bermuram durja.Hilang akalkah apa fanatik sangat? Haha.

Semuanya bermula bilamana, sampai ke detik masa  3:22 – 3:57 dalam video ini, hati saya sangat tersentuh.

Seperti yang telah dijanjikanNYA di dalam Al-Quran Al Karim :

 “‎(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.” (An-Nur: 26)

♥  ♥  ♥  ♥  ♥  ♥

Allah itu sangat berpegang pada janji. Dan tidak diubah nasib seseorang selagi mana dia tidak  cuba mengubah nasib dirinya sendiri. Jika alakadar usaha kita memperbaiki diri ke arah yang lebih berkualiti, yang alakadar jugalah yang datang/dibalas nanti.

Semoga kita diteguhkan hati selalu di jalanNYA. Mujahadah itu pahit, tetapi Syurga itu manis. :’)


Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet.

Let the picture do the talking.

Saya memang suka meow kucing.Nak-nak kucing spesis Parsi. Ada sejarah jugak dengan kucing. Saya hampir-hampir menghidap penyakit asthma semasa bayi. Dulu Mama dan Papa mempunyai seekor kucing yang bernama ‘Ceng’. Ceng selalu curik-curik  tidur di tepi badan saya ketika baby.Mungkin ia fikir saya ini bantal peluknya dan begitulah sebaliknya saya.HA HA. Doktor berkata bulu kucing juga adalah faktor utama pembawa gejala asthma. Ceng terpaksa dihantar ke kampung untuk dijaga oleh nenek pula. Tidak mahu makan dan tidak aktif. Akhirnya mati ketika usia muda. Mungkin juga terlalu rindukan saya sehingga jatuh sakit..kan?Uhuhu~

Yang di atas ini,kucing-kucing Maksu saya.Comelkan?Nyinyet,Gugurl dan Boboy.Pandai posing..tapi sekarang dah beso dan gebu dan gemok.Iskh! Baru-baru ini, Maksu menawarkan saya tugas untuk menjaga 3 beranak ini untuk sementara waktu kerana sedang mengalami alahan ibu sedang mengandung.Oleh kerana persekitaran/ keadaan rumah saya kurang sesuai untuk membela kucing. Niat murni amalan mulia itu terpaksa dibatalkan sahaja.😦

Sebenarnya, saya sendiri mempunyai binatang peliharaan yang tak kurang comelnya. Yang nakal dan selalu lapar.

TARAA!!

Yang ini RiRi si betina.Tengok kuku dia dah macam Wolverine X-Men!HA HA

Yang ini LanLan si jantan.

Sudah masuk 3 tahun lebih dibela.Dulu saiznya hanya sebesar duit syiling RM 0.50 sen. Sekarang siLanLan sudah lebih besar daripada tapak tangan saya,manakala siRiRi kecil sedikit daripada soulmatenya itu kerana mungkin berdiet menjaga bentuk badan.Ahaha!Ini sungguh auta Natrah. Faktanya,haiwan jantan sentiasa lebih dominan daripada betina ye kawan-kawan?

Istimewanya RiRi dan LanLan ialah bila dipanggil nama, ia akan menyahut : “Ye, saya!”

Tipu betulkan? Ngeh Ngeh Ngeh.. *gelak guling*

RiRi dan LanLan akan menoleh kalau nama ia berdua dipanggil.Kalau mendengar bunyi air berkocak-kocak dengan kuat, itu tandanya ia mahu makan atau sedang dengan sedaya-upaya mahu keluar dari bekas. Jerit sahaja “Riri!” atau “LanLan!” maka, ia  akan berhenti memanjat hujung bekas dan masuk semula ke dalam air. Saya akan membiarkan dua ekor pasangan ini berjalan-jalan di dalam rumah,selepas membersih dan mengeringkan badannya. RiRi dan LanLan kadangkala berjalan laju seperti sedang berlari terkedek-kedek,comel! *sebenarnya terkejut selepas disergah oleh saya!ekeke* Suka menyakat kura-kura saya terutamanya siLanLan yang degil dengan menelentangkan badannya,ia akan berdiam diri dengan kaki dan tangan terkeluar seperti terkena renjatan eletrik!.Setakat ini rekod paling lama adalah 5minit.Hihi

Tips : Untuk memanjakan kura-kura anda, cuba garu-garu cengkerang bahagian bawah badan mereka. Lelap! macam kucing..HA HA. *kenapa?tak percaya ke?* Selamat mencuba! J

RAWR #1: Okeh!Bersiap-sedia untuk cabaran ke TUJUH?!Hohoho.. :p


Day 5 – A photo of yourself two years ago.

Tahun 2009 sama dengan 2 tahun lepas..

Saya?

Masih penchenta tegar warna ungu..

Masih bermuka yang sama.. *?* HA HA

Masih macam tak kurus / tak gemuk daripada sekarang..kan?

Masih single dan..sekarang? available lagi.. :p

RAWR #1: Jom!Jom! cabaran ke-6!🙂


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.